BECCA

Friday 18 May 2012

You're the inspiration

You're The Inspiration 

 








You know our love was meant to be
The kind of love to last forever
And I want you here with me
>From tonight until the end of time
You should know
Everywhere I go
Always on my mind
In my heart
In my soul
Baby

You're the meaning in my life
You're the inspiration
You bring feeling to my life
You're the inspiration
Wanna have you near me
I wanna have you hear me saying
"No one needs you more than I need you"

And I know (And I know)
Yes I know that it's plain to see
So in love when we're together
Now I know (Now I know)
That I need you here with me
>From tonight until the end of time
You should know (Yes, you need to know )
Everywhere I go
You're always on my mind
You're in my heart
In my soul

You're the meaning in my life
You're the inspiration
You bring feeling to my life
You're the inspiration
Wanna have you near me
I wanna have you hear me saying
"No one needs you more than I need you"
(No one needs you more than I)
Wanna have you near me
I wanna have you hear me saying
"No one needs you more than I need you"
(No one needs you more)
You're the meaning in my life
You're the inspiration
You bring feeling to my life
You're the inspiration

When you love somebody
'Til the end of time
When you love somebody
Always on my mind / No one needs you more than I
When you love somebody
'Til the end of time
When you love somebody
Always on my mind / No on needs you more than I

tahniah kawan2 ^^ selamat menjadi isteri yaa :)

suatu ketika dulu,semasa saya sekolah rendah....rakan2 perempuan kelas saya buat satu pertandingan ataupun perjanjian siapa yang akan kahwin dulu...haha budak2 sudah pandai fikir kahwin2....saya ikut saja lah :) setelah habis sekolah menengah akhirnya satu2 persatu kawan2 saya tadi kahwin :)

heheheh dan begitu juga kawan rapat saya di sekolah menengah .... perjanjian yg sama dibuat :)
tapi akhirnya sekarang tinggal saya seorang yang masih bergelar single hehe....

walau apa pun kawan2, tahniah ^^ selamat menjalani kehidupan berumahtangga....semoga menjadi isteri yang baik....lahirkan anak2 yg comel2 hehehe....

walaupun saya kalah tapi saya masih boleh berbangga dan gembira..... hheheh..
sebab apa??
sebab saya memegang janji saya dengan keluarga....
keluarga adalah tanggungjawab saya,,,
susah juga jadi anak kedua yg macam anak pertama nie kan?kakak saya dah kahwin jadi semua tanggungjawab anak pertama tergalas di bahu saya :)  tapi saya x kisah sebab saya memang telah biasa menjadi seolah2 anak pertama....
hehe dan juga saya masih menang kawan2 :).....sebelah kaki saya sudah berada di cita2 saya....sementara kawan2 melayan suami,anak2,mengurus rumahtangga...saya sibuk dgn buku2....
hehe semoga bahagia kawan2 ^^

Wednesday 16 May 2012

never give up!!

saya mengalah?tidak mungkin:)
hee saya cuma mahu kamu tahu yang saya tidak akan pernah mengalah!!
 ~_~

Thursday 10 May 2012

terima kasih mama kerana melahirkan saya^^

saya mungkin tidak bererti dan membawa makna apa2 buat sesetengah orang.... tapi saya bererti dan bermakna buat seorang insan yang bergelar ibu^^
20tahun yang lalu,
seorang insan sedang mengalami kesakitan,
bukan sakit biasa tapi sakit yang boleh membawa maut,
bertarung nyawa demi memberi kesempatan kepada anaknya untuk bernafas dan hidup di dunia ini....
dan sekarang anaknya ini sudah mencapai usia 20 tahun :) sudah melangkah ke alam dewasa....
mama,
maaf sebab selama ini adakala nya saya menyinggung perasaan, dan membuat air mata mama mengalir....
mama, saya sudah menghapus arang yang terpalit di muka kita sekeluarga....saya bahagia bila mama dan bapa kembali ceria dan tidak lagi merasa rendah diri berhadapan dgn org ramai....
mama, terima kasih kerana melahirkan saya....
saya berjanji untuk menunaikan impian kamu semua....I LOVE YOU....

Wednesday 9 May 2012

hari terakhir sebelum melangkah ke usia 20 ^^

huahuahua...hari nie adalah hari terakhir saya di usia belasan tahun... tepat jam 12 malam ini saya akan melangkah ke alam 20 tahun :) saya tanya diri saya sendiri, betulkah saya maw 20 tahun sudah?layakkah?hehe
apapun umur cuma satu angka .... hehe...
saya berharap semua impian saya akan tercapai...
opss lupa ada dua orang lagi yang sambut birthday dengan saya....kira kembar lain ibu lain bapa hehe..
yang seorang lahir pada tahun yg berbeza namun tarikh yg sama iaitu classmate saya , Hafiz... dia lahir tahun 1993... tapi yg seorang lahir pada hari,tahun dan tarikh yg sama cuma bezanya saya lahir malam, dia lahir siang...maknanya dia tua beberapa jam dari saya hehe.... nama dia Chris.... tapi dia jauh lebih matang dari saya..hehehe.....
harapnya kami yg lahir pada tarikh yg sama ini akan diberkati oleh Tuhan....


Saturday 5 May 2012

saya dan bulan MEI ^^~bulan kelahiran

dicopy dan dipaste di sini :P....jawapan/komen saya yg buat :)
MEI


>> kekerasan hati & degil   ( betul,saya degil dan berhati batu :P)

>> kuat semangat & bermotivasi tinggi  (betul..saya sudah buktikan)

>> pemikiran yg tajam  ( ehmm mungkin??)

>> mudah marah apabila tidak dikawal  ( hehe saya sedang mengubah sikap mcm nie)

>> pandai menarik hati org lain & menarik perhatian  ( yaka?xtaw)

>> perasaan yg amat mendalam  (ya)

>> cantik dr segi mental & fizikal  ( haha xtw)

>> tidak perlu dimotivasikan ( kdgkala perlu)

>> tetap pendirian tetapi mudah dipengaruhi oleh org lain  ( haha mungkin )

>> mudah dipujuk  ( betul)

>> bersikap sistematik (otak kiri)  (?????)

>> suka berangan  ( betul, selalu...)

>> kuat daya firasat memahami apa yg terlintas di hati org lain tanpa diberitahu  ( kadangkala tapi selalunya firasat saya betul ^^)

>> bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit ( betul dan juga bawah mata kanan)

>> daya khayalan yg tinggi (haha iya?)

>> pandai berdebat ( berdebat?tidak..tapi berforum pandai :P)

>> fizikal yg baik ( ntah)

>> kelemahan sistem pernafasan  (salah...)

>> suka sastera,seni & muzik serta melancong (100% betul)

>> tidak berapa suka duduk dirumah (salah...saya suka duduk di rumah)

>> tidak boleh duduk diam ( betul...ada2 ja saya buat)

>> tidak punya ramai anak (arghhh tidakkkk!!)

>> rajin dan bersemangat tinggi (mungkin)

>> agak boros (hehe ntah lah)

Friday 4 May 2012

ciri-ciri anak kedua ^^

Jom kenali Ciri - ciri anak kedua (sumber : dicopy daripada satu blog yang saya baca :) )

ANAK MANJA IBU
sebab apa- apa pun mesti dia akan diutamakan oleh ibu. apa sikit ibu!!

ANAK DEGIL
Anak kedua dikatakan lebih degil, keras kepala dan tidak mendengar kata. semua dia ajer yg betul..dlm ramai2 adik beradik dia ajer yg KETEGANG .. kemahuan dia kuat.. kalau buat sesuatu sungguh2… kalau tak nak tu, tak nak lah jawabnya, boleh dipujuk tapi selalunya tak berapa jalan..

TAK PANDAI PUJUK
memang anak no 2 ni dia tak pujuk makwe / pakwe dia..

BERCINTA
Tak digoyahkan anak no 2 juga …. dia kalau bercinta, sangat setia…sanggup berkorban …

HITAM / PUTIH
Apa yg dikatakan semua dipegang ( kononnya ) kalau hitam2 hitamlah kalau putih …. putihlah ….degil tak boleh toleransi

HATI
No 2 ni juga nampak ajer keras…tp hati dia lembut juga….SATU lagi peel dia…dia tak boleh ditegur….kalau kita tegur dia mesti tarik muka

BERDIKARI
very independent..mmg betul..tp kalau terlebih indepent pun payah…..Tapi  mudah bergaul..campak lah kat manapun sekejap dah dapat kawan..very take care of her brother and all stuff belonging family.( sebab terlalu ambil berat pun menyampah…semua adik2 kena control kena report kat diorang ) ..

ARAHAN
anak no 2 ni juga dia payah nk terima arahan….dia lebih suka buat hal sendiri pendek kata..tak boleh kerja ngan org…ramai anak no 2 ni keje sendiri

PEMAAF &  CARING
tak dinafikan no 2 ni pun pemaaf & caring…TAPI awas jgn bg diorg marah….kalau depa marah faham sajer lah

PAKAIAN
Nak ajer up to date…semua nak kemas….TAK dapat  merasa kita nk up to date

You Never Thought That, A Girl Could Be Strong ^^ ~

Cascade
Bad Boy

Remember the feelings,
Remember the day..
My stone heart was breaking,
My Love Ran Away.

This Moment I knew i would be someone else.
My love turned around and i fell...

Be My Bad Boy,
Be My Man,
Be My Weekend Lover,
But don't Be My Friend.
You Can Be My Bad Boy... But Understand.
That I don't Need You In My Life Again.

Wont you
Be My Bad Boy,
Be My Man,
Be My Weekend Lover,
But don't Be My Friend.
You Can Be My Bad Boy....But Understand.
That I don't Need You Again.
No I don't Need You Again.

Bad Boy!

You Once Made This Promise,
To Stay By My Side.
But After Some Time,
You Just Pushed Me Aside.

You Never Thought That,
A Girl Could Be Strong
Now I Will Show You How To Go On....

Be My Bad Boy,
Be My Man,
Be My Weekend Lover,
But don't Be My Friend.
You Can Be My Bad Boy... But Understand.
That I don't Need You In My Life Again.

Wont you
Be My Bad Boy,
Be My Man,
Be My Weekend Lover,
But don't Be My Friend.
You Can Be My Bad Boy....But Understand.
That I don't Need You Again.
No I don't Need You Again.

Thursday 3 May 2012

Kamu kuat kerana Tuhan sentiasa di sisi kamu :)

Hari ini saya rasa terpanggil untuk berkongsi sesuatu yang mungkin boleh memberi sedikit inspirasi kepada para kamu semua :)....

pasti kamu pernah merasakan sesuatu yang membebani hati kamu .. sesuatu yang membuat kamu rasa lemah .. sesuatu yang membuat air mata kamu mengalir.sesuatu yang membuat kamu rebah tidak bermaya.. tapi ingatlah saudara2 bahawa Tuhan sentiasa menghulurkan tangannya untuk kamu... Dia akan membantu kamu untuk bangun dan menghadapi saat sukar kamu... biarkan Dia menunjukkan jalan sebenar untuk kamu bangkit,, ikutilah rencananya.. dan suatu saat kamu akan menjadi tabah dan kuat untuk menjalani setiap percubaan dalam kehidupan.
 saudara2 yang terkasih dalam iman...
jangan biarkan diri kamu terus2 dibelenggu.... sambutlah tangan Nya...
 ^^   ^^  ^^  ^^  ^^  ^^ ^^   ^^  ^^  ^^  ^^  ^^^^   ^^  ^^  ^^  ^^  ^^^^   ^^  ^^  ^^  ^^  ^^^^   ^^  ^^  ^^  
 biarkan TuhaN menyentuh hatimu:)

Betapa kumencintaiMU
Segala yang t'lah terjadi
Tak pernah sendiri jalani hidup ini
Selalu Menyertai

Betapa kumenyadari
Di dalam hidupku ini
KAU selalu memberi rancangan terbaik
Oleh karena kasih

Reff :
BAPA, sentuh hatiku, ubah hidupku
Menjadi yang baru
Bagai emas yang murni
Kau membentuk bejana hatiku

BAPA, ajarku mengerti
Sebuah kasih yang selalu memberi
Bagai air mengalir yang tiada pernah berhenti 

^^   ^^  ^^  ^^  ^^  ^^^^   ^^  ^^  ^^  ^^  ^^^^   ^^  ^^  ^^  ^^  ^^^^   ^^  ^^  ^^  ^^  ^^^^   ^^  ^^  ^^  ^^  jangan lupa berdoa....


Saat keadaan sek’lilingku
Ada di luar kemampuanku
Kuberdiam diri mencari Mu
Doa mengubah segala sesuatu

Saat kenyataan di depanku
Mengecewakan perasaanku
Kumenutup mata memandangMu
S’bab doa mengubah segala sesuatu

[REFF]
Doa orang benar bila didoakan
Dengan yakin besar kuasanya
Dan tiap doa yang lahir dari iman berkuasa menyelamatkan

S’perti mata air ditanganmu
Mengalir ke manapun kau mau
Tiada yang mustahil di mata Mu
Doa mengubah segala sesuatu 




Tuesday 1 May 2012

esei pertama saya ^^

Selasa, 1 Mei 2012

ISU KENEGARAAN : Pemimpin berintegriti tonggak negara sejahtera

Oleh REBICCA RIBUT
(Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim Kedah)


Dalam era globalisasi ini, kesejahterahan dan keamanan sesebuah negara seringkali digugat oleh pelbagai anasir negatif sama ada dari dalam atau luar negara. Anasir negatif tersebut datang dalam pelbagai bentuk seperti hiburan dari Barat dan pengaruh internet. Oleh demikian, kebijaksanaan dan kecekapan seorang pemimpin adalah penting dalam menjaga keamanan dan kesejahteraan negara.

Namun, seorang pemimpin tersebut juga harus menitikberatkan, mengamalkan dan memiliki integriti dalam dirinya. Integriti dapat ditakrifkan sebagai suatu kualiti unggul yang wujud secara keseluruhan dan padu pada individu atau organisasi serta berkait rapat dengan etika. Ia adalah berlandaskan etika dan pencerminan etika dalam sehari-hari. Dalam Kamus Dewan didefinisikannya sebagai kejujuran dan ketulusan.

Terdapat pelbagai sikap pemimpin yang mencerminkan integriti seperti bersikap amanah, beriltizam tinggi, berakhlak dan berbudi pekerti mulia serta dapat memberi teladan yang baik kepada rakyat.

Seseorang pemimpin haruslah mengamalkan sikap amanah iaitu dapat memikul tanggungjawab sebagai salah seorang individu yang terpenting dalam tampuk pemerintahan negara. Oleh itu, seorang pemimpin juga harus mengamalkan sikap amanah dalam menjalankan tugas.

Contohnya, tidak menyalahgunakan kuasa untuk kepentingan diri sendiri, keluarga sanak saudara atau kaum kerabat sendiri. Sebaliknya, seorang pemimpin harus memberi keutamaan kepada kepentingan awam. Selain itu, tanggungjawab sebagai seorang pemimpin juga harus dipikul dengan penuh ketelusan dan ketulusan.

Hal ini kerana, sebagai seorang pemimpin yang telah diberi kepercayaan oleh rakyat, mengamalkan dan memiliki sikap amanah akan menjadikan mereka lebih diyakini keupayaan dan keikhlasan dalam mentadbir negara oleh golongan marhaen.

Seperti peribahasa Melayu, "Raja adil - raja disembah, Raja zalim - raja disanggah." Oleh itu, sebarang pemberontakan atau demonstrasi yang berunsurkan ketidakpuashatian rakyat terhadap kepimpinan seorang pemimpin dapat dielakkan daripada berlaku.

Jika kita lihat di negara-negara luar seperti Libya, yang mana telah wujud golongan yang mempertikaikan kepimpinan serta ingin menggulingkan pemimpin mereka iaitu Muammar Gaddafi sehingga mewujudkan pergolakan dan suasana kacau-bilau sehingga mengakibatkan ketidakamanan di negara tersebut.

Sekiranya perkara seumpama itu berlaku di negara kita, sudah tentu keamanan dan kesejahteraan yang kita kecapi sejak sekian lama akan tergugat dan kita hidup dalam ketakutan. Oleh itu, jelaslah bahawa bersikap amanah amat penting bagi seorang pemimpin bagi memastikan kesejahteraan negara.

Selain itu, seorang pemimpin juga harus mempunyai iltizam yang kuat serta bersedia dari segi mental dan fizikal dalam mentadbir negara. Mempunyai iltizam yang kuat bermaksud memiliki kesungguhan yang jitu dalam menjalankan tugas yang diamanahkan.

Pemimpin harus memiliki ilmu pengurusan bagi membolehkannya mentadbir negara dengan cekap dan efektif bagi menjamin kesejahteraan negara yang ditadbir. Contohnya, seorang pemimpin yang tidak memiliki iltizam serta ilmu pengurusan akan menjadi seorang pemimpin serta ketua tanpa persediaan dalam melaksanakan tanggungjawab seperti sekadar melepaskan batuk di tangga sahaja. Ia akan memberi impak yang buruk kepada negara iaitu mewujudkan kepincangan dalam pemerintahan.

Peristiwa kejatuhan kesultanan Melayu Melaka pada zaman dahulu yang berpunca daripada kepincangan dalam pemerintahan harus dijadikan iktibar serta teladan kepada pemimpin. Oleh itu, seyogia seorang pemimpin harus mendapat latihan kepimpinan serta menimba ilmu secukupnya sebelum memegang gelaran sebagai pemimpin. Pemimpin sebegini akan lebih dihormati dan disegani oleh rakyat serta menjadi suri teladan kepada segenap lapisan masyarakat.

Dalam pada itu, memiliki akhlak dan berkelakuan mulia juga merupakan salah satu sikap berintegriti yang harus diamalkan oleh pemimpin. Pemimpin yang berintegriti akan mengamalkan dan menghayati nilai-nilai moral seperti kepercayaan kepada Tuhan, amanah dan kejujuran. Nilai moral seumpama ini harus menjadi pegangan pemimpin dalam mentadbir negara.

Oleh itu, kerakusan nafsu dalam diri pemimpin tidak akan wujud. Nafsu tersebut dapat dilihat apabila seorang pemimpin tidak jujur dalam menjalankan tanggungjawabnya seperti mengamalkan rasuah.

Selain itu, seringkali kita membaca berita yang terpampang di dada akhbar yang mengatakan tentang calon-calon pilihan raya yang hanya inginkan populariti untuk meraih undi tanpa mengambil kira kepentingan negara.

Golongan seumpama ini hanya akan bertindak mengikut nafsunya sendiri tanpa menghayati nilai-nilai moral. Justeru, rakyat akan kurang berkeyakinan terhadap pemimpin tersebut kerana menganggap pemimpin seumpama itu adalah gila kuasa.

Sementara itu, seorang pemimpin harus mengotakan kata dan janji-janji yang telah dibuat kepada rakyat dan bukannya sekadar pemanis bicara. Mutakhir ini, rakyat seringkali berhadapan dengan pemimpin yang hanya bijak berpidato dan berhujah tentang integriti di hadapan rakyat namun terdapat tingkah laku mereka yang tidak mencerminkan mereka mengamalkan integriti.

Misalnya, menyeru rakyat agar menjauhi amalan rasuah kerana amalan tersebut boleh mendatangkan impak negatif terhadap negara. Namun dalam masa yang sama, mereka turut mengamalkan dan seolah-olah membenarkan rasuah terjadi dalam negara. Pemimpin seperti ini boleh dikatakan sebagai 'cakap tidak serupa bikin' oleh masyarakat yang kian bijak menilai baik buruk peribadi seorang pemimpin. Oleh itu, tidak hairan jika wujudnya golongan yang mempertikai daya kepimpinan pemimpin tersebut akibat hilang keyakinan.

Bagi mengelakkan perkara ini berlaku, pemimpin tersebut harus bermuhasabah diri dalam setiap tindak-tanduknya sebagai seorang pemimpin bagi menjaga hati dan kepentingan rakyat sekali gus menjaga kesejahteraan negara. Intihanya, seorang pemimpin haruslah mengamalkan sikap berintegriti dalam diri mereka bagi menjalankan tanggungjawab memimpin negara dengan lebih baik dan berkesan agar dapat menjadi suri teladan kepada masyarakat. Jelas, pemimpin yang berintegriti akan lebih disenangi, disegani serta dihormati oleh rakyat.

Malah, rakyat akan lebih berkeyakinan terhadap tampuk pemerintahan pemimpin yang berintegriti sekali gus dapat mengelakkan timbulnya kejadian yang tidak diingini seperti tunjuk perasaan dan kekacauan yang mampu mengganggu gugat ketenteraman, keamanan serta kesejahteraan negara. Oleh itu, pemimpin yang berintegriti adalah tonggak utama kesejahteraan negara.

PENULIS ialah pemenang kedua Pertandingan Menulis Esei Integriti Politik peringkat pengajian tinggi yang dianjur oleh Institut Integriti Malaysia (IIM) baru-baru ini.

Sumber : http : //www.utusan.com.my/