BECCA

Friday 6 July 2012

pencuri baju....hendak jadi pendidik atau pencuri?!

hari nie, ntah apa malang saya...baju hilang dari ampaian!! saya yang hendak sidai baju pagi-pagi tadi rasa pelik dan hairan bila tengok ada ruang kosong di antara baju dengan seluar jeans yang saya sidai petang kelmarin....
dalam hati , saya rasa mungkin saya ada ambil baju malam tadi bawa masuk bilik tapi bila saya fikir2, malam tadi selepas pulang dari rumah madam Mary, saya xda pergi ampaian. saya cuba ingat baju apa yang saya jemur petang kelmarin.  dan bila saya ingat, saya rasa macam mahu menjerit saja!! baju yang saya beli semasa saya mengikuti Jubilee utk Fellowship of evangelical student di Alor Setar yang berwarna hitam dengan gambar tangan yang bersalaman di hadapan telah hilang.  Betapa sayangnya saya dengan baju tu. walaupun saya ada baju seperti lagi itu tetapi warna hijau, baju tu lah yg saya suka pakai!! baju tu saya beli dengan duit saya sendiri!!
 tapi saya berkata pada diri saya sendiri, tidak perlu dihebohkan kehilangan ini, sebab saya yakin dan tahu Tuhan mengetahui siapa yang mengambil baju tersebut.  biarlah dia ambil baju itu kalau dia benar2 perlukannya.... sebab saya ada alasan yang kukuh untuk merelakan kehilangan baju itu...pertama,  baju itu saya beli dengan wang yang saya sendiri dan saya tidak mencurinya tetapi orang yang mengambilnya memperolehi baju itu dengan segunung dosa kerana menginginkan hak ornag lain dan mendapatkannya dengan cara yang tidak betul iaitu mencuri....
Bukan saya menuduh sesiapa mencurinya tanpa sebarang bukti.... semua orang boleh berfikir dengan waras bagaimana baju yang dijemur di antara baju saya yang lain boleh hilang.... itu boleh dikatakan terambil kah? kalau terjatuh ditiup angin, mengapa sepit baju masih ada di sana? kenapa baju lain x ditiup angin? memang pelik dan tidak patut dikatakan terambil dan ditiup angin...sungguh tidak logik!
memang penat pagi tadi kerana setiap ampaian di blok E dan blok D saya tengok dari satu aras ke satu aras yang lain.  dan setiap baju berwarna hitam saya belek2... setiap baldi yang berisi baju saya tengok(maaf kepada pemilik2nya)....setelah puas mencari saya kembali ke bilik, duduk mendiamkan diri... saya ambil rosari dan menggengamnya , saya ambil buku doa saya dan mula berdoa dan selepas itu, ketenangan mula datang dan saya membiarkan dan menyerahkan segala yang telah terjadi dan bakal terjadi ke dalam tanganNYA....

*kepada yang mengambilnya secara sengaja atau tidak sengaja, ingatlah bahawa Tuhan sentiasa mengetahui apa yang kita lakukan, setiap dosa kita akan dicatat oleh malaikat yang sentiasa berada di kiri dan kanan kita.... menghitung setap dosa yang kita lakukan .... dan ada dua jalan yang kita ambil setiap hari, jalan ke arah syurga atau jalan ke arah neraka.....  hasil yang kita perolehi secara salah, selamanya akan salah....

No comments:

Post a Comment